BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Kolej Antarabangsa Micronet dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), sekali lagi telah mengadakan kempen derma darah yang berlangsung di Kampus Micronet, di Jerudong, baru-baru ini.
Dalam kenyataan yang diterima, hari ini, kempen yang disertai warga Micronet dan orang awam itu bertujuan untuk menyumbang balik kepada masyarakat dan demi membantu mereka yang memerlukan selain menambah simpanan bekalan darah.
Melalui acara itu juga, kolej berkenaan berharap dapat membantu meningkatkan kesedaran yang signifikan akan kebaikan menderma darah.

